Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Tapi bergunung-gunung. .
Untuk hidup kaya,
Untuk hidup amat selesa
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Tapi berbillion-billion
Untuk hidup bergaya,
Untuk hidup ligat bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan,
tapi teman-teman
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Tapi juga untuk hidup bersuka suka
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
yang ku jumpa pula adalah siti
Aku cari mana dia Al-Shafie,
yang ku tatang adalah Khairy
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Untuk kita cemuh maki
Cari pedoman
Untuk hapuskan Islam
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Untuk berlakon depan rakyat lagi..
Cari panduan
Untuk pembohongan. .
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Sebab tu aku kenalkan agama Hadhari..
Dialah teman
Islam Hakiki
Dialah wali
bukan teman agama Hadhari
Dia mencukupi
tapi aku khianati...
Aku hidup bererti
harap2 April 2008 aku kekal Perdana Menteri lagi..
Menikmati damai abadi
Atas Kapal Mewah Cobra Sultan ku dari la Turki..
2 comments:
apsal kau suka letak puisi baru2 ni? ni dah the 3rd ke 4th one dah.
owh ye ke.. hehe.. saje2 kot..
ni aku dapat dari email.. aku copy paste je.. lol..
Post a Comment