Pada usia yang cukup muda, saya telah dihantarkan ke Amerika Syarikat untuk berbakti di sana. Betapa terujanya saya dengan pengalaman itu. Berhijrah ke luar negara memang menjadi mimpi saya dari kecil. Saya berpegang pada kata-kata, 'Jauh perjalanan, luas pandangan,'.
Nasib baik saya tidak berakhir di situ. Setibanya ke tanah asing benua Amerika, saya mendapat berita bawaha saya akan di hantarkan sebuah universiti terkemuka dunia, iaitu Vanderbilt University. Saya cukup bangga! Dapat berkhidmat kepada ilmuan-ilmuan bakal pemimpin dunia cukup membuat saya begitu bersemangat, kerana saya pasti, dengan reka bentuk dan kelengkapan di dada, saya pasti tidak mengecewakan!
Setibanya saya di Vanderbilt Univeristy, saya telah diletakkan dalam kotak yg tertera perkataan Hubab Al Munzir Asmawi. Barangkali itu nama tuan saya, hati kecil saya terdetik. Dan sangkaan saya memang tepat sekali kerana saya telah diberikan kepada seorang pemuda dengan nama tersebut. Dia merupakan pelajar tahun pertama dalam jurusan kejuruteraan kimia. Yang lagi anehnya, dia juga berasal dari Malaysia, tanah tumpah darah saya juga! Tidak saya sangka bahawa saya akan berurusan dengan orang Melayu lagi.
Maka bermulalah pengembaraan saya bersama tuan baru saya Hubab Al Munzir Asmawi. Dia cukup bangga dengan saya, kerana saya merupakan komputer riba dia yang pertama. Saya selalu dibandingkan dengan komputer-komputer riba teman-temannya yang agak terdahulu. Komputer-komputer tersebut hitam dan besar, katanya. Tambahnya lagi, komputer-komputer tersebut tidak secanggih saya. Bangga saya apabila saya dibawa merata-rata oleh tuan saya, kerana semua mata memerhati dan memuji kecanngihan saya. Tuan saya pula cukup pandai menjaga saya. Pada ketika itulah saya rasa kenangan paling manis dalam hidup saya!
Namun, kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Setelah setahun bersama tuan saya, pelajar-pelajar tahun pertama yang baru mendaftar telah dikurniakan komputer riba yg lagi canggih daripada saya. Nama meraka Latitude D620. Meraka ini, walaupun dikira adik kepada saya, cukup sombong dan angkuh! Langsung tidak hormat akan saya, dan selalu menunjuk-nunjuk kecanggihan meraka di depan tuan saya. Cemburu!
Namun, tidak sama sekali saya berputus asa. Agi idup agi ngelaban! Itu juga motto hidup saya. Saya cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada tuan saya, walaupun jauh di sudut hati saya sedar, saya tidak mampu bertahan lama. Saya juga akur, tuan saya sudah mula memikirkan samada mahu menukarkan saya ataupun tidak. Atas berkat usaha saya yang tidak kenal jemu, saya berjaya berkhidmat sehingga tuan saya tamat tahun ketiganya di Vanderbilt.
Pada akhir semesta itu, saya diserang oleh virus yang hebat. Saya jatuh sakit dan tidak mampu berfungsi sebaik-baiknya. Saya bersyukur, kerana tuan saya tidak berputus asa terus dengan saya, dia telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan saya. Dengan bantuan kawannya, tuan saya telah format semula saya, dan Alhamdulillah, setelah itu, saya sembuh dari penyakit virus berbahaya tersebut. Malangnya, setelah format semula, saya gagal berfungsi sebaik sebelumnya. Saya gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuan saya. Tidak lama kemudian, saya diserang lagi dengan virus yang lebih hebat. Tidak mampu saya melawannya. Dengan imunisasi badan yang sudah lemah, serangan demi serangan virus telah saya hadapi. Persembahan saya tidak memberangsangkan. Sampai satu tahap, tuan saya tidak percaya pada saya untuk berkhidmat kepadanya dalam suatu ujiannya. Saya cukup sedih. Pada ketika itu, saya sudah merasakan ajal saya makin hampir. Tetapi bila?
Tidak kusangka, rupa-rupanya tuan saya sudah mula berbincang bersama teman-temannya tentang cara bagaimana mahu mendapatkan komputer baru. Dan tanpa pengetahuan saya juga, kira-kira satu minggu yang lalu, tuan saya telah menghubungi Dell untuk meminta komputer baru. Sudah jatuh ditimpa tangga, lagi malang nasib saya apabila pada hari Rabu yang lalu, tuan saya telah membawa pulang komputer ribanya yang baru, Dell Latitude D630. Walaupun komputer itu merupakan unit 'referbished', namun ianya tetap jauh lagi canggih dan baru daripada saya. Berdesing telinga saya apabila mendengar tuan saya memuji-muji komputer barunya itu. Lagi mengeruhkan keadaan, komputer barunya itu ditempatkan bersebelahan saya. Oleh itu, setiap kali saya bangun, saya mesti melihat kelibat 'orang ketiga' itu bersebelahan saya. Makin hari makin saya tidak digunakan. Saya dipand
ang sebagai 'scrap material' sahaja. Tambah penghinaan, apabila tuan saya menganggap komputer riba baru itu sebagai hadiah hari jadinya daripada Dell. Istimewa sangatkan D630 itu berbanding saya?
Tanggal Februari 27, 2009 merupakan hari terakhir saya. Benar kata mereka, dunia ini hanya sementara. Umur saya ketika itu belum pun mencecah empat tahun. Pada mulanya, saya menyangka tuan saya mahu menggunakan saya untuk project biodieselnya. Sangkaan saya meleset jauh sekali. Rupa-rupanya, tuan saya mahu bertindak kejam dengan menamatkan riwayat saya. Tiba-tiba saya dicurahkan dengan alkali KOH. Aduh, pedih! Sakit! Saya menjerit. Namun jeritan saya tidak diendahkan. Akhirnya, tamatlah riwayat saya sebagai sebuah komputer riba!
This is a tribute to my friend of three years, my dear laptop. I'm sorry it had to end this way. :(
hehhe...
12 comments:
sedihnya cerita ini.. i feel really bad for our old laptops dah... :'(
hehehe.. tuh r.. sedeh kan.. tapi nak buat macam mane.. for the greater good.
ahhhhhhh itu sengaje hubab gedik
Eh, kenapa dicurahkan KOH? at least bagi sesape ke, or hantar balik malaysia ke. mana tau ada part yg masih bleh pkai.
owh, sebab dell mintak hantarkan balek.. so mmg kene hantarkan balek.. long story short, terpaksa dirosakan dulu laptop itu..
A+..cerita yg menarik..haha..
teringat zmn skola rendah dulu..
drpd curah alkali lebih baik jatuhkan dr tingkat 88..hehe..
owh, alasan jatuh dari tempat tinggi dah banyak orang guna.. so takut dell tak percaya dah.. so kene gune alasan laen..
mcm x bersyukur.. x rasa ke?
tak bersyukur dengan? so cam aku tak rase r..
anyway, sekadar bercerita je.. nothing big.
anon, itu bukan tak bersyukur, its called striving for the best that you could get. we have a pretty extensive+expensive 4 year warranty program, better make use of it tak ke? a system becomes obsolete after probably 2 years, take the advantage to upgrade if u still can.
tak bersyukur plak apakah?
dude..apsl x record??
hahaha...
awwww.. sedeynyeeee.... mula2 lawak pastu hujung2 cam sedihh :-(
Post a Comment